Sejarah

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pechah Rotan telah diwujudkan pada tahun 1948 iaitu semenjak sekolah ini sendiri ditubuhkan. Ia sudah menjadi suatu kemestian bagi mana-mana sekolah untuk mewujudkan pusat sumber sebagai tempat rujukan utama guru-guru dan murid-murid di sesebuah sekolah.

Tidak terkecuali untuk Sekolah Kebangsaan Pechah Rotan sendiri. Pada awal penubuhan PSS, hanya sebuah bilik kecil yang hanya dilengkapi dengan beberapa rak buku dan meja serta kerusi sahaja yang ada sebagai perpustakaan. Buku-buku dan bahan rujukan lain pula sangat sedikit dan terhad. Sehinggakan ia tidak mampu memberi khidmat yang sempurna untuk semua penghuni sekolah pada satu-satu masa.

Selain daripada itu, pusat sumber sekolah juga dijadikan sebagai bilik alat pandang dan dengar sekaligus dengan perpustakaan. Oleh kerana ruang PSS yang sangat terhad, ia tidak mampu memuatkan lebih daripada satu kelas murid-murid pada satu-satu masa.

Tahun demi tahun, PSS semakin maju dan mendapat banyak peruntukan daripada pelbagai pihak seperti Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Yayasan Terengganu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan sebagainya. Bilik perpustakaan semakin luas dan bilangan buku serta bahan rujukan semakin bertambah bilangannya. Bilik Alat Pandang Dengar dipisahkan dari perpustakaan. Bilk Bahan Bantu Mengajar juga diwujudkan.

Sehingga ke hari ini, seluruh sekolah itu sendiri diwartakan sebagai Pusat Sumber Sekolah. Hampir setiap bilik dan sudut dikelolakan dibawah PSS. Pihak PSS bertanggungjawab untuk menjadikan sekolah sebagai pusat sumber dan rujukan utama setiap ahlinya.

No comments:

Post a Comment